Tuesday, 26 July 2016

Cabaran Teknologi Komunikasi

PENGENALAN
Penggunaan teknologi ICT (Information and Communication Technology) telah banyak membantu manusia dalam akitiviti kehidupan yang menjadikan kerja-kerja mereka lebih berkesan dan efektif. Di antara aktiviti yang telah mendapat manfaat daripada penggunaan teknologi ICT adalah aktiviti perniagaan, penyebaran maklumat dan banyak lagi. Tidak ketinggalan pula aktiviti-aktiviti sebaran am seperti penyampaian dakwah dan ilmu-ilmu Islam yang amat luas kepada masyarakat sejagat melalui kemudahan ICT.
Kebelakangan ini masyarakat dunia menempuh suatu gelombong perkembangan yang amat pesat sekali dalam bidang teknologi maklumat. Gelombang yang dimaksudkan ini ialah maklumat digital dalam dunia penyaluran maklumat yang agak menggemparkan. Ia membawa kita ke suatu dunia yang agak unik dan menyeluruh. Penggunaan ini menggantikan memperbaharui revolusi yang telah lama manusia tinggalkan, iaitu dunia berasaskan pertanian dan era dunia yang berasaskan kepada perindustrian.
Dalam era ini, kehidupan manusia banyak dikawal oleh perkakasan digital yang berasaskan maklumat. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana penggunaan teknologi maklumat yang optimum telah banyak memberi kesan kepada kehidupan manusia, terutamanya dari segi pengurangan kos dan masa dalam urusan menerima, memproses, menyimpan dan menyalurkan maklumat. Semua proses kehidupan moden ini banyak berpandukan oleh penggunaan perkakasan sistem maklumat dan saluran komunikasi. Ini menunjukkan teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa perubahan yang besar kepada kehidupan masyarakat kini.
Dunia media yang selama ini hanya berasaskan media cetak dan elektronik turut tidak ketinggalan mengalami perubahan digital tersebut. Manusia kini dapat mengetahui segala yang berlaku di dunia hanya dengan satu sentuhan di hujung jari. Begitu juga dengan bahan-bahan rujukan dan bacaan umum yang selama ini amat sinonim dengan buku-buku, jurnal, ensiklopedia, majalah dan juga saluran yang berbentuk program seperti bengkel, seminar, kursus dan sebagainya mula diambil alih oleh teknologi multimedia.
Multimedia merujuk kepada kebolehan sesuatu komputer untuk mempaparkan pelbagai persembahan dalam bentuk teks, grafik, bunyi, animasi dan persembahan video serta pelbagai kesan yang lain. Hal ini amat berbeza dengan keupaayan komputer pada suatu ketika dahulu yang hanya berfungsi untuk memaparkan suatu persembahan dalam bentuk tulisan dan teks sahaja. Fenomena ini dikenali sebagai media tunggal. Kini segenap lapisan masyarakat mula tertumpu kepada teknologi multimedia dan ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa perkembangan hari ini membuktikan bahawa teknologi multimedia sudah mula diterima umum.
Penurunan harga set komputer pula di samping peningkatan kelajuaan pemprosesan data menjadi faktor penggalak penggunaan komputer secara maksimum. Perkara ini menyebabkan komputer dianggap sebagai suatu keperluaan dalam kehidupan yang hamper seluruhnya akan dimonopoli dengan alat elektronik.
Fungsi komputer dalam bidang pendidikan pula secara umumnya boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama, pembelajaran tentang komputer itu sendiri. Kedua, komputer digunakan sebagai alat untuk menyimpan dan memproses maklumat. Ketiga, komputer sebagai medium dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer, sistem P&P di bilik darjah telah mencapai tahap kearah peningkatan kualiti pengajaran berorientasikan P&P dilakukan berdasarkan kemampuan pelajar.
Secara amnya, boleh dikatakan bahawa kesan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mencetuskan penggunaan aplikasi multimedia dalam bidang pendidikan dan juga sebaran am. Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan semakin meluas dan faktor ini ditambah lagi dengan sokongan padu dari pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan. Diharapkan penggunaan komputer yang meluas dalam bidang pendidikan pada masa sekarang menjadi langkah pertama untuk mewujudkan masyarakat berteknologi selari dengan objektif Wawasan 2020.
Untuk memainkan peranan yang lebih proaktif dalam era teknologi maklumat, umat Islam yang mempunyai kepakaran dalam bidang multimedia perlulah mengambil langkah positif untuk menggembleng kepakaran yang ada dalam bidang seperti pembangunan perisian, dan seterusnya bergerak mempelopori bidang ini. Peranan ini telah pun dimainkan oleh gabungan ulama yang telah mula menghasilkan perisian-persian yang berunsurkan keislaman. Walaupun produk ini masih berada ditahap minimum, tetapi perisian-perisian seperti ini mula tumbuh secara perlahan dalam memperkembangkannya.


DEFINISI TEKNOLOGI
Teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT (Information and Communication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ia berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkn maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Teknologi Maklumat dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ia mencakupi kebanyakan berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat penggunaannya adalah mempercepatkan pekerjaan dan memudahkan urusan harian. Penggunaan komputer adalah untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkn televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh, dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi, imej dan sebagai pengesan gerakkan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskn bagaimana digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkn sumber kepada penerima.


ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI

1.      Penyebaran Bahan Pornografi atau Pelayaran Web Negatif
Pornografi adalah produk grafik samada dalam bentuk majalah, VCD, filem atau penyiaran di televisyen, internet, ataupun bacaan-bacaan porno yang menggambar sekaligus menjual aurat, maksudnya aurat menjadi titik pusat perhatian.
Dalam melayari laman web yang tidak bermoral dan tidak berfaedah memberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia. Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap jenayah seks, masalah perundangan, perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta masa.
Kesannya pornografi
Kesan pornografi menjadi perangsang nafsu seks remaja yang memang sudah berkobar-kobar. Apabila seseorang yang menggunakan laman web dengan melayari perkara yang tidak baik ia akan mengakibatkan nafsu seseorang meningkat dengan sendirinya. Begitu halnya pula dengan nafsu seks remaja, sedikit ada perangsang, maka nafsu itu akan berkobar-kobar dan akan mencari pelampiasannya. Pelampiasan itu seringkali dengan cara melakukan onani.
Punca pornografi
Pornografi berpunca lemahnya tingkat keimanan seseorang terhadap Tuhan Yang Maha Esa, pada lahirnya. Keimanan adalah landasan sseorang dalam menjalani kehidupan seharian. Tiap-tiap agama mempunyai aturan sendiri mengenai perintah dan larangan Tuhan. Tidak ada satu pun agama yang memperbolehkan pelacuran terjadi. Dalam hidupnya, seseorang harus selalu berada pada landasan yang benar iaitu ajaran agama yang telah menetapkan dalam kitabnya. Dengan landasan keimanan yang baik, dapat melahirkan seseorang yang beriman dan berakhlak.
Cara mengatasi
Perbanyakkan ibadah, zikrullah, dan puasa. Hanya dengan mengingat kepada Allah SWT hati akan terbentengi, tidak melakukan dosa, dan wujudnya ketenangan dalam jiwa. Ketika godaan untuk kembali kearah pornografi muncul, segeralah beristighfar, baca doa, wudhu atau membaca al-Quran. Perkara-perkara tersebut sememangnya sukar, tetapi Allah Dia Maha Memeprhatikan hamba-hamba Nya yang sungguh ingin bertaubat.

2.      Permainan (Game) Yang Terdapat di Dalam Internet
Permainan atau game berasal dari kata bahasa inggeris yang bermaksud dasar permainan. Permainan dalam hal ini merujuk pada pengertian kelincahan intelektual (Intellectual Playability Game) yang boleh juga di definisikan sebagai arena keputusan dan aksi pemainnya. Dalam permainan (game), ada target-target yang ingin dicapai pemainnya. Dalam permainan (game) terdapat peraturan yang bertujuan untuk membatasi perilaku pemain dan menentukan permainan. Permainan (game) bertujuan untuk menghibur, kebiasaannya ia disukai oleh kanak-kanak dan dewasa.
Kesan permainan (game)
Kesannya, pelajaran terabai dalam kalangan remaja. Hal ini demikian kerana remaja menghabiskan masa terluang dengan bermain permainan (game) ini bukan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar iaitu menyiapkan kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran. Mereka juga sanggup tidak tidur semalaman demi mendapatkan kepuasan dalam bermain permainan (game) ini dan mengganggu pembelajaran apabila sering mengantuk serta tidur di sekolah.
Punca permainan (game)
Penggunaan internet ini juga boleh mendatangkan banyak keburukan terutamanya kepada individu yang terlalu taksub dengan penggunaan internet ini dan pihak yang tidak bertanggungjawab pula akan mengambil peluang yang ada untuk menyalahgunakan teknologi ini dan ianya akan mendatangkan lebih banyak kesan buruk terutamanya kepada para remaja yang terlalu asyik dengan penggunaan internet pada masa kini. Ia akan meningkatkan kegiatan jenayah semakin berleluasa. Contohnya urusan jual beli senjata api juga boleh dilakukan secara maya. Hal ini membolehkan penyeludup menyeludup peralatan yang dilarang sama sekali.
Punca ketagihan permainan (game) ialah kurang didikan agama. Kekurangan didikan agama menjadi salah satu punca ketagihan permainan video. Agama adalah tiang kepada kita untuk bergantung tanpa agama mungkin kita akan jatuh tersungkur. Remaja pada zaman sekarang kurang mengambil tahu soal agama dan kerana itulah banyak masalah sosial yang melibatkan para remaja wujud macam cendawan tumbuh selepas hujan. Diperingkat universiti remaja tidak lagi akan disuruh untuk pergi sembahyang, tidak lagi dipaksa untuk pergi ke masjid, tidak lagi diminta untuk melakukan amal jariah. Semua perkara yang asas seperti itu hendaklah dilakukan dengan kehendak diri sendiri dan tidak dipaksa.
Cara mengatasi
Cara mengatasinya dengan melakukan perkara positif semasa meluangkan masa. Sekurang-kurangnya kita luangkan waktu untuk melakukan kegiatan lain selain bermain game. Perbanyakkan kegiatan positif yang boleh dilakukan seperti bersenda gurau dengan keluarga, olahraga, menulis blog, bermain muzik, dan sebagainya. Lakukan aktiviti sesibuk mungkin dengan hobi baru sehingga tidak memiliki kesempatan untuk memikirkan bermain game onlline semula. Selain itu, langkah yang perlu diambil ialah pengawasan dari ibu bapa harus pandai mendidik dan mengajar anak-anak untuk membahagikan masa antara pelajaran, bermain, bersukan dan lain-lain. Oleh itu, anak-anak akn mempraktikkan apa yang diajar oleh ibu bapa. Ibu bapa juga tidak boleh melarang anak-anak bermain permainan (game) kerana ia hanya memburukkan keadaan kerana anak-anak akan memberontak, sebaliknya ibu bapa haruslah memilihkan jenis-jenis permainan yang sesuai dan menerangkan akibat-akibat negative jika memilih permainan bertemakan pembunuhan, penyeksaan,rompakan dan lain-lain serta tidak sesuai pada peringkat umur anak-anak. Ibu bapa juga boleh memilih permainan yang dapat merangsang minda yang kreatif dan inovasi bagi ketajaman minda anak-anak seperti permainan yang bertemakan teka-teki, matematik, pengetahuan am dan lain-lain serta menghadkan masa untuk bermain permainan (game) ini.

3.      Cetak Rompak
Isu cetak rompak di Malaysia bukanlah masalah baru di negara ini, masalah kegiatan haram ini telah berlaku sejak sekian lamanya. Jika ditinjau dari sudut pengertiannya, cetak rompak ialah satu pencabulan hak cipta yang bermaksud penggunaan bahan yang dilindungi oleh undang-undang hak cipta tanpa izin, iaitu mencabuli salah satu hak eksklusif pemilik hakcipta asli, seperti hak untuk mengeluarkan semula atau menjalankan karya yang dihakcipta, atau menghasilkan karya derivatif yang berasaskan karya yang dihakcipta itu. Hak cipta adalah sejenis harta intelektual dimana ia boleh wujud dalam berbagai-bagai karya kreatif, hasil kerja intelektual atau berseni, ia termasuklah gubahan muzik, filem, drama, rakaman audio, perisian dan sebagainya. Jika ditinjau dalam situasi yang berlaku di Malaysia ini, kegiatan cetak rompak pada mulanya bermula sebagai sebuah industri ‘belakang rumah’ yang bermaksud aktiviti perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan dan tersembunyi. Jenis-jenis cetak rompak yang boleh didapati di negara ini adalah seperti cetak rompak DVD, VCD, CD.Bahan seperti ini mudah sekali dicetak rompak kerana pengusaha aktiviti haram ini hanya memerlukan mesin pencetak dan CD-R (compact disc-Rom) yang kosong dan murah.
Punca berlakunya masalah cetak rompak
Salah satu punca utama yang menyebabkan masalah ini masih berleluasa di negara ini ialah harga produk atau barangan cetak rompak yang jauh lebih murah daripada barangan tulen. Lazimnya barangan cetak rompak seperti VCD, CD, perisian komputer dan sebagainya dijual dengan harga yang lebih murah kerana mereka yang terlibat dalam pengeluaran barangan ini hanya memerlukan kos yang rendah dan tidak perlu membayar bayaran royalti kepada pengeluar asal barangan tersebut. Apabila kos pengeluarannya murah, maka produk cetak rompak juga dapat dijual dengan harga yang murah. Fenomena cetak rompak seperti ini dapat memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk membelinya dengan murah. Bagi pelajar yang belum lagi mempunyai pendapatan tetap mereka juga mampu membeli barangan cetak rompak, apatah lagi golongan remaja ini mempunyai minat yang lebih tinggi untuk menikmati filem-filem sensasi mahupun muzik cita rasa golongan ini sehingga sanggup untuk membeli barangan cetak rompak tanpa perlu menghabiskan wang yang lebih untuk membeli barangan yang asli. Penjualan barangan cetak rompak di tempat-tempat terbuka menyebabkan masalah cetak rompak ini masih belum diatasi sepenuhnya. Penjualan cetak rompak ini biasanya dijalankan di tempat-tempat awam seperti pasar malam, di kaki lima, pasar raya dan sebagainya. Hal ini memudahkan lagi aktiviti jual beli diantara pengguna dengan wakil atau agen pengeluar cetak rompak ini. Hal ini kerana pengguna terdorong untuk membelinya kerana ia mudah didapati di samping harganya yang memang murah. Teknologi yang canggih juga mendorong kepada penularan kegiatan ini dalam masyarakat di negara ini. Dengan adanya teknologi yang canggih ini, pihak yang terlibat dalam barangan cetak rompak dapat menghasilkan produk tiruan yang serupa dengan produk yang asal. Penyalahgunaan teknologi komputer juga dapat dilihat melalui pengunaan rangkaian internet yang dijadikan sebagai medium penyebaran produk cetak rompak. Selain itu, dengan adanya alat telekomunikasi canggih seperti telefon mudah alih juga ia dapat membantu pengedar barangan cetak rompak ini daripada dikesan oleh pihak berkuasa.
Kesan-kesan masalah jenayah cetak rompak
Kesan daripada kegiatan cetak rompak ini antara lainnya akan menyebabkan ekonomi negara merosot. Hal ini kerana pendapatan negara menjadi berkurang kerana cukai yang dihasilkan daripada industri pengeluaran yang berasaskan percetakan ini tidak dapat dijana sepenuhnya. Oleh itu, pengeluar-pengeluar asli ini tidak dapat menampung beban cukai yang dikenakan oleh kerajaan, ini sekaligus memberi impak kepada kejatuhan ekonomi negara. Sebenarnya jika pendapatan negara meningkat, maka banyaklah perbelanjaan dan peruntukan yang digunakan untuk membangunkan kemudahan-kemudahan sosial yang digunakan untuk keselesaan dan kemakmuran rakyat di negara ini. Kegiatan cetak rompak yang berleluasa di negara ini juga menyebabkan nama baik negara tercemar. Situasi ini telah menyebabkan masyarakat luar memberi tanggapan bahawa negara ini merupakan sarang berkumpulnya lanun-lanun cetak rompak dan ini membawa kesan terhadap nama baik Malaysia di mata dunia. Kegiatan cetak rompak ini juga telah menyebakan kesan langsung terhadap industri hiburan di negara ini. Hal ini timbul disebabkan wujudnya cetak rompak VCD dan CD album-album muzik artis dan filem-filem tempatan yang berleluasa di negara ini. Penyebaran bahan-bahan ini di internet yang diambil tanpa kebenaran pengeluar sah juga menyebakan masalah ini berlaku. Penjualan album artis-artis popular turut mengalami kemerosotan dari tahun ke tahun. Kesan yang paling nyata akibat daripada cetak rompak terhadap industri hiburan di negara ini akan menyebabkan pelabur-pelabur dari luar negara tidak yakin untuk melabur dalam industri hiburan di negara ini. Manakala pengeluar dari negara asing juga kurang berminat untuk menempatkan hasil pengeluaran mereka di negara ini. Dari segi sosial, kegiatan cetak rompak boleh membawa kesan negatif terhadap masyarakat. Dengan wujudnya kegiatan ini maka video-video yang berunsur negatif seperti video lucah mudah didapati oleh para pelanggan, hal ini kerana video seperti ini dapat dicetak dengan mudah dan dikeluarkan dengan kuantiti yang banyak melalui kaedah cetak rompak. Para pelanggan khususnya remaja dan pelajar mudah terpengaruh dengan video seperti ini dan kesannya mereka mudah terlibat dengan kes-kes jenayah seksual dan maksiat seperti terlibat dengan kes rogol dan menjalankan hubungan seks luar nikah. Hal ini secara jelas menunjukkan bahawa kesan daripada barangan cetak rompak ini boleh membawa kepada keruntuhan akhlak dan moral masyarakat khususnya mereka yang terdiri daripada golongan remaja. Selain itu juga, kegiatan cetak rompak ini juga boleh membawa kepada jenayah-jenayah lain. Sebagai contohnya pertelingkahan antara pengusaha cetak rompak yang berebut hak mengeluarkan barangan cetak rompak dan berebut kawasan penjualan barangan cetak rompak mereka. Perkara tersebut dilakukan semata-mata hanya untuk mengurangkan pesaing mereka agar mereka dapat mengaut keuntungan yang lebih, implikasi daripada hal tersebut maka berlakulah pergaduhan yang akhirnya membawa kepada pembunuhan membabitkan penglibatan kongsi gelap dan gengster. Secara ringkasnya, semua situasi ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan kes-kes jenayah di negara ini, sekali gus menunjukkan bahawa negara ini dilabel sebagai sebuah negara yang tidak selamat.
Langkah mengatasi masalah jenayah cetak rompak
Terdapat pelbagai langkah untuk mengatasi masalah kegiatan cetak rompak ini sebenarnya. Salah satu langkah yang boleh dijalankan ialah dengan menjalankan dasar memboikot barangan cetak rompak. Kita sedia maklum bahawa para pengguna mempunyai kuasa pembelian dalam sesebuah ekonomi negara. Oleh itu masalah kegiatan cetak rompak yang hingga mewujudnya perlambakan barangan cetak rompak di pasaran ini tidak mungkin akan berlaku jika permintaan daripada para pengguna tidak wujud. Sesungguhnya pengguna memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah ini, penekanan terhadap kesedaran penghargaan hak cipta atau paten penting dalam setiap lapisan masyarakat. Usaha memboikot daripada para pengguna salah satunya dapat membendung masalah cetak rompak ini. Langkah seperti menjalankan harga kawalan maksima terhadap barangan asli juga dapat membendung masalah ini. Harga kawalan maksima yang dimaksudkan disini ialah penetapan harga maksimum oleh badan-badan tertentu bagi menetapkan sesuatu barangan asli seperti VCD dan DVD yang difikirkan berpatutan untuk dibeli oleh para pengguna. Selain itu, penguatkuasaan undang-undang secara tegas juga perlu dijalankan bagi mengatasi kegiatan cetak rompak ini. Setakat ini beberapa akta dan undang-undang telah digubal bagi mengatasi masalah-masalah berkaitan cetak rompak. Salah satu badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam bidang kuasa ini ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Walaupun pelbagai undang-undang telah diperkenalkan, namun masalah ini masih juga berterusan. Oleh itu, Penguatkuasaan secara tegas undang-undang tersebut penting dalam mencegah unsur-unsur kegiatan ini di Malaysia. Tindakan yang sewajarnya perlu diambil terhadap orang perseorangan dan organisasi-organisasi yang terlibat dalam kegiatan cetak rompak tanpa mengira latar belakang, pangkat mahupun kedudukan mereka. Orang ramai juga perlulah bersedia untuk tampil memberikan maklumat yang berguna terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan ini tanpa perlu berasa takut. Semua langkah tersebut memainkan peranan penting dalam mengatasi kegiatan cetak rompak di negara ini.

4.      Penyebaran Maklumat/Berita Palsu Melalui Teknologi
Kebebasan maklumat merupakan penyebaran maklumat secara bebas. Ini bermakna penyebaran maklumat adalah penyebaran dengan tanpa kawalan penguatkuasaan undang-undang. Terdapat banyak cara untuk penyebaran maklumat seperti radio, majalah, internet, surat khabar, dan sebagainya.
Maklumat pula merupakan sumber yang membolehkan kita mengetahui sesuatu perkara atau peristiwa terhadap sesuatu kawasan atau tempat. Di sebabkan kita hanya mampu berada di satu tempat pada satu masa, ia menghalang kita untuk mengetahui kejadian yang berlaku di luar kawasan.
Antara contoh kaedah yang digunakan kini untuk menyampaikan sesuatu maklumat secara tanpa kawalan ialah kebebasan untuk bersuara di laman blog dan laman sosial. Di situ, setiap individu akan menggunakan medium tersebut sebagai tempat untuk menulis segala maklumat atau peristiwa yang berlaku sesuka hati tanpa mengambil diganggu oleh pihak lain. Di laman ini juga, kebebasan hak untuk bersuara oleh setiap individu tidak menghalang mereka daripada menyampaikan maklumat yang mungkin akan menyinggung banyak pihak.
Di antara gejala yang berlaku adalah seperti berlakunya kes penipuan, penyelewengan di dalam perniagaan dan berlaku hasutan antara pihak berkepentingan serta wujudnya maklumat-maklumat palsu yang dapat memesongkan fikiran masyarakat. Malah banyak lagi perkara yang tidak baik berlaku iaitu seperti fitnah, menghasut dan kadangkala boleh membawa kepada pergaduhan.
Segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab akan menyalahgunakan sumber ini untuk menyampaikan fitnah atau maklumat palsu kepada orang awam disebabkan oleh rasa tidak puas dan marah. Bermacam-macam bentuk tohmahan dan cacian akan dilontarkan secara terbuka kepada umum tanpa ditapis.
Punca penyebaran maklumat palsu
Kebebasan bersuara memang tidak boleh dinafikan tetapi biarlah bertempat dan melalui kaedah yang betul. Kemudahan teknologi maklumat kini telah membuatkan segala keperluan dan kehendak kita menjadi lebih mudah ibarat segalanya hanya di hujung jari di dalam evolusi dunia tanpa sempadan. Kita mampu untuk mengetahui setiap perkara yang berlaku di sekeliling dunia hanya dengan berada dirumah melayari internet. Di situ juga, kita dapat menyampaikan pelbagai maklumat untuk diketahui umum tanpa perlu bersusah-payah menggunakan kederat tulang empat kerat.
Tambahan lagi, maklumat yang tiada kesahihan ini akan merebak dengan pantas disebabkan oleh kecanggihan teknologi seperti penggunaan sistem whatapp yang sudah menjadi kebiasaan pada manusia di era kini. Hampir setiap individu menggunakan cara menyebaran maklumat melalui kaedah ini kerana ianya mudah, cepat dan jimat.
Segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab akan menyalahgunakan sumber ini untuk menyampaikan fitnah atau maklumat palsu kepada orang awam disebabkan oleh rasa tidak puas dan marah. Bermacam-macam bentuk tohmahan dan cacian akan dilontarkan secara terbuka kepada umum tanpa ditapis.
Kesan penyebaran berita berita palsu
Penyebaran berita palsu ini amat berbahaya terutama jika melibatkan isu keselamatan negara. Dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, penyebaran berita palsu mesti dibanteras dengan segera. Penyebaran berita palsu akan menyebabkan berlakunya suasana panik dalam masyarakat.
Selain itu, terdapat media massa yang boleh mendorong golongan muda menjadi lalai dan membuang masa. Terdapat beberapa buah rancangan televisyen yang bercorak hiburan semata-mata dan menjadi kegilaan golongan remaja. Program-program seperti ini tidak berfaedah kerana tidak dapat merangsang perkembangan minda dan kemahiran golongan remaja. Terdapat juga program drama yang tidak realistik tetapi tetap diminati oleh golongan remaja kerana ia mengisahkan cerita cinta golongan remaja. Oleh itu, pihak pengurusan televisyen sewajarnya tidak memikirkan keuntungan semata-mata dalam menyiarkan sesuatu program di televisyen tanpa memikirkan kesan negatifnya terhadap golongan remaja.
Di samping itu, media massa juga boleh mendatangkan gejala negatif kepada penonton. Biasanya golongan yang mudah terpengaruh dengan gejala negatif hasil daripada program di media massa ialah golongan remaja. Media massa yang sering mempengaruhi golongan remaja ialah televisyen dan internet. Terdapat remaja yang melayari internet di halaman yang bercorak negatif sehingga mereka terdorong melakukan gejala negatif tersebut. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya memantau pelakuan anak-anak yang sedang melayari internet.
Media massa juga boleh mendatangkan keburukan kepada pengguna melalui pengiklanan. Terdapat pengguna yang terpengaruh dengan iklan yang dipaparkan kerana mereka berpendapat iklan tersebut amat menarik dan produk tersebut dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Sebenarnya dalam kebanyakan kes, khasiat barangan yang diiklankan itu tidak menepati faedah yang dipaparkan. Antara jenis barangan yang selalu memperdaya pengguna ialah barangan kesihatan seperti ubat-ubatan, peralatan senaman dan barangan elektrik. Oleh itu, pengguna mesti berhati-hati dalam membeli sesuatu produk yang dilklankan di media massa.
Langkah mengatasi
1.      Kongsikan berita dari sumber yang dipercayai
Ini adalah perkara yang sangat asas, namun masih ramai orang yang mengendahkannya. Mungkin mereka ketagihkan (likes atau shares) kerana berita yang mereka kongsikan jauh lebih hebat dari orang lain. Biasanya orang yang gemar menggunakan Facebook untuk bersuka-suka lebih cenderung untuk berkongsikan berita yang tidak diketahui kesahihannya.
2.      Padam  Berita Palsu & Ambil Tanggungjawab
Sekiranya pernah menghantar sesuatu berita palsu sebelum ini, adalah terbaik sekiranya seseorang memperbetulkan keadaan. Seseorang perlu memadam hantaran tersebut, atau tinggalkan komen untuk menunjukkan kesalahan yang telah dilakukannya.

5.      Perjudian Dalam Talian
Perjudian dalam talian adalah kesan yang berlaku akibat daripada membuka pintu kepada kebebasan bersuara dan kreativiti dalam masyarakat. Termasuk berkembang pesat teknologi internet. Bukan itu sahaja, dari segi urus niaga, juga, tidak ada had untuk kecanggihan dunia digital. Dan perlu diingat juga, bahawa jenayah berleluasa juga berlaku di dunia dalam talian tanpa jumlah yang kecil. Selain mod yang juga berbeza-beza. Dan tindakan undang-undang dalam pendakwaan jenayah dalam talian adalah masih sedikit terutama mengenai transaksi elektronik. Banyak sumber menyebut tentang peningkatan jenayah dalam talian yang dilihat dari dua perspektif, iaitu jenayah yang dilakukan menggunakan teknologi maklumat sebagai hiasan dan sasaran. Jenayah sebagai kecurian kemudahan contoh internet akaun, kecurian kad kredit, cetak rompak, pornografi, perjudian dalam talian, dan sebagainya. Bagi jenayah sebagai pasaran sasaran itu boleh dilihat sebagai contoh seperti laman cetak rompak, penyebaran virus komputer, kecurian abstrak peribadi, dan sebagainya.
Punca perjudian dalam talian
·         Individu
Keinginan seseorang ingin mendapat wang atau keuntungan dengan mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam aktiviti perjudi dalam talian yang mudah layari dimana-mana.tambahan lagi, kecanggihan teknologi yang semakin pesat menjadi salahsatu sebab individu terjebak dalam kancah perjudian online ini.
·         Masyarakat
Terpengaruh dari pelbagai aspek kemasyarakatan yang kurang memberi perhatian mengenai isu perjudian yang berlaku dalam masyarakat.
·         Negara
Undang-undang negara yang kurang memberi perhatian mengenai permasalahan judi online menyebabkan orang ramai mudah untuk melayari perjudian online tanpa sekatan yang dikuatkuasakan sebagai contoh menghalang akses ke laman perjudian yang dikenal pasti selain itu juga, faktor atau punca perjudian online ini berlaku ialah kerana kurangnya kesedaran terhadap perjudian.
Kesan perjudian daam talian
·         Atas pemikiran:
Bagi mereka yang ketagih judi, fokus pemikiran mereka adalah pada pejudian semata-mata sehingga mengabaikan perkara-perkara yang lain. Lebih teruk lagi, mereka akan mengkaitkan segala yang berlaku sebagai nasib, kerana menganggap kehidupan adalah suatu perjudian yang besar. Selain itu, modal penyelesaian masalah mereka adalah tidak logik.
·         Ke atas kehidupan:
Perjudian akan membawa kepada ketidaktetapan pendapatan kepada seseorang. Ini adalah kerana dalam perjudian, seseorang sentiasanya mengalami menang-kalah secara mendadak dan secara rambang. Tanpa pendapatan yang tetap, seseorang itu sukar untuk menguruskan hartanya dengan baik. Maka tidak hairan bahawa si penjudi sentiasanya mengalami masalah kewangan. Perkara yang menyalahi undang-undang adalah penyakit dan perosak fikiran dan akhlak umat Islam hari ini.
Langkah mengatasi perjudian dalam talian
·   Menguatkuasakan undang-undang dengan lebih terperinci
·   Pengkuat kuasa undang-undang bekerjasama dengan masyarakat bagi mengatasi masalah perjudian
·   Menghadkan laman perjudian dan mengenal pasti tempat perjudian online
·   Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang perjudian
·   Member bimbingan dan kesedaran kepada pihak yang pernah terlibat dalam perjudian


KESIMPULAN
Kesimpulannya, penggunaan teknologi ICT amat penting dalam kehidupan seharian. Penggunaan teknologi maklumat dan kamunikasi juga diguna pakai oleh generasi kanak-kanak dan dewasa. Hal ini kerana teknologi mempunyai banyak kebaikan yang boleh diperolehi oleh kanak-kanak apabila mereka mengunakannya.
Selain itu, teknologi maklumat dan komunikasi juga dapat membantu membentuk seseorang menjadi lebih kreatif malah dapat memberi banyak pengetahuan tentang pembelajaran yang lebih berkesan kepada semua orang. Oleh itu, jelaslah bahawa penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi mempunyai kelebihan dan kelemahan yang boleh diperolehi oleh golongan individu yang mengunakan aplikasi tersebut.
Akhir sekali, semua pihak haruslah menggunakan teknologi dengan sebaik yang mungkin bagi mengelakkan penyalahgunaan teknologi yang sedia ada. Perkembangan teknologi boleh memudahkan semua pekerjaan manusia dari aspek pekerjaan sehingga aspek pengurusan.


RUJUKAN
1.      Muhamad Ali. (2008). Kerjaya Dalam Bidang ICT. Selangor: Publishing House





1 comment:

  1. Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda ingin pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam tempoh tiga hari bekerja. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Encik Benjamin telah membantu saya dengan pinjaman.Membuat hubungan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia adalah seorang yang sangat jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394- 3740

    ReplyDelete