PENGENALAN
Penggunaan teknologi ICT (Information and
Communication Technology) telah banyak membantu manusia dalam akitiviti
kehidupan yang menjadikan kerja-kerja mereka lebih berkesan dan efektif. Di
antara aktiviti yang telah mendapat manfaat daripada penggunaan teknologi ICT
adalah aktiviti perniagaan, penyebaran maklumat dan banyak lagi. Tidak
ketinggalan pula aktiviti-aktiviti sebaran am seperti penyampaian dakwah dan
ilmu-ilmu Islam yang amat luas kepada masyarakat sejagat melalui kemudahan ICT.
Kebelakangan ini masyarakat dunia menempuh suatu
gelombong perkembangan yang amat pesat sekali dalam bidang teknologi maklumat.
Gelombang yang dimaksudkan ini ialah maklumat digital dalam dunia penyaluran
maklumat yang agak menggemparkan. Ia membawa kita ke suatu dunia yang agak unik
dan menyeluruh. Penggunaan ini menggantikan memperbaharui revolusi yang telah
lama manusia tinggalkan, iaitu dunia berasaskan pertanian dan era dunia yang
berasaskan kepada perindustrian.
Dalam era ini, kehidupan manusia banyak dikawal oleh
perkakasan digital yang berasaskan maklumat. Hal ini tidak dapat dinafikan
kerana penggunaan teknologi maklumat yang optimum telah banyak memberi kesan
kepada kehidupan manusia, terutamanya dari segi pengurangan kos dan masa dalam
urusan menerima, memproses, menyimpan dan menyalurkan maklumat. Semua proses
kehidupan moden ini banyak berpandukan oleh penggunaan perkakasan sistem
maklumat dan saluran komunikasi. Ini menunjukkan teknologi maklumat dan
komunikasi telah membawa perubahan yang besar kepada kehidupan masyarakat kini.
Dunia media yang selama ini hanya berasaskan media
cetak dan elektronik turut tidak ketinggalan mengalami perubahan digital
tersebut. Manusia kini dapat mengetahui segala yang berlaku di dunia hanya
dengan satu sentuhan di hujung jari. Begitu juga dengan bahan-bahan rujukan dan
bacaan umum yang selama ini amat sinonim dengan buku-buku, jurnal,
ensiklopedia, majalah dan juga saluran yang berbentuk program seperti bengkel,
seminar, kursus dan sebagainya mula diambil alih oleh teknologi multimedia.
Multimedia merujuk kepada kebolehan sesuatu komputer
untuk mempaparkan pelbagai persembahan dalam bentuk teks, grafik, bunyi,
animasi dan persembahan video serta pelbagai kesan yang lain. Hal ini amat
berbeza dengan keupaayan komputer pada suatu ketika dahulu yang hanya berfungsi
untuk memaparkan suatu persembahan dalam bentuk tulisan dan teks sahaja.
Fenomena ini dikenali sebagai media tunggal. Kini segenap lapisan masyarakat
mula tertumpu kepada teknologi multimedia dan ini jelas menunjukkan kepada kita
bahawa perkembangan hari ini membuktikan bahawa teknologi multimedia sudah mula
diterima umum.
Penurunan harga set komputer pula di samping
peningkatan kelajuaan pemprosesan data menjadi faktor penggalak penggunaan
komputer secara maksimum. Perkara ini menyebabkan komputer dianggap sebagai
suatu keperluaan dalam kehidupan yang hamper seluruhnya akan dimonopoli dengan
alat elektronik.
Fungsi komputer dalam bidang pendidikan pula secara
umumnya boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama, pembelajaran tentang
komputer itu sendiri. Kedua, komputer digunakan sebagai alat untuk menyimpan
dan memproses maklumat. Ketiga, komputer sebagai medium dalam proses pengajaran
dan pembelajaran yang berbantukan komputer, sistem P&P di bilik darjah
telah mencapai tahap kearah peningkatan kualiti pengajaran berorientasikan
P&P dilakukan berdasarkan kemampuan pelajar.
Secara amnya, boleh dikatakan bahawa kesan
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mencetuskan
penggunaan aplikasi multimedia dalam bidang pendidikan dan juga sebaran am.
Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan semakin meluas dan faktor ini
ditambah lagi dengan sokongan padu dari pihak kerajaan melalui Kementerian
Pendidikan. Diharapkan penggunaan komputer yang meluas dalam bidang pendidikan
pada masa sekarang menjadi langkah pertama untuk mewujudkan masyarakat
berteknologi selari dengan objektif Wawasan 2020.
Untuk memainkan peranan yang lebih proaktif dalam
era teknologi maklumat, umat Islam yang mempunyai kepakaran dalam bidang
multimedia perlulah mengambil langkah positif untuk menggembleng kepakaran yang
ada dalam bidang seperti pembangunan perisian, dan seterusnya bergerak
mempelopori bidang ini. Peranan ini telah pun dimainkan oleh gabungan ulama yang
telah mula menghasilkan perisian-persian yang berunsurkan keislaman. Walaupun
produk ini masih berada ditahap minimum, tetapi perisian-perisian seperti ini
mula tumbuh secara perlahan dalam memperkembangkannya.
DEFINISI TEKNOLOGI
Teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT
(Information and Communication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan
untuk pemprosesan data. Ia berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan dan
pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan
perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat,
dan mendapatkn maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Teknologi Maklumat dan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data.
Ia mencakupi kebanyakan berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan
maklumat. Secara tepat penggunaannya adalah mempercepatkan pekerjaan dan
memudahkan urusan harian. Penggunaan komputer adalah untuk mengubah, menyimpan,
melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira
tempat dan waktu.
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan
sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan
maklumat menggunakan perantaraan teknologi seperti yang diketahui umum,
teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran
maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad
kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkn televisyen, telefon,
telefon mudah alih, fax, telegram dan sistem satelit dalam menyampaikan
maklumat kepada penerima.
Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi
maklumat. Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia
digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh, dengan
menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi, imej dan sebagai pengesan
gerakkan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskn bagaimana digunakan
untuk berkomunikasi bagi mendapatkn sumber kepada penerima.
ISU PENGGUNAAN
TEKNOLOGI
1.
Penyebaran Bahan Pornografi atau
Pelayaran Web Negatif
Pornografi adalah produk grafik samada dalam bentuk
majalah, VCD, filem atau penyiaran di televisyen, internet, ataupun
bacaan-bacaan porno yang menggambar sekaligus menjual aurat, maksudnya aurat menjadi
titik pusat perhatian.
Dalam melayari laman web yang tidak bermoral dan
tidak berfaedah memberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal
manusia. Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah,
nilai keperibadian, dorongan terhadap jenayah seks, masalah perundangan,
perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta masa.
Kesannya
pornografi
Kesan pornografi menjadi perangsang nafsu seks
remaja yang memang sudah berkobar-kobar. Apabila seseorang yang menggunakan
laman web dengan melayari perkara yang tidak baik ia akan mengakibatkan nafsu
seseorang meningkat dengan sendirinya. Begitu halnya pula dengan nafsu seks
remaja, sedikit ada perangsang, maka nafsu itu akan berkobar-kobar dan akan
mencari pelampiasannya. Pelampiasan itu seringkali dengan cara melakukan onani.
Punca pornografi
Pornografi berpunca lemahnya tingkat keimanan
seseorang terhadap Tuhan Yang Maha Esa, pada lahirnya. Keimanan adalah landasan
sseorang dalam menjalani kehidupan seharian. Tiap-tiap agama mempunyai aturan
sendiri mengenai perintah dan larangan Tuhan. Tidak ada satu pun agama yang
memperbolehkan pelacuran terjadi. Dalam hidupnya, seseorang harus selalu berada
pada landasan yang benar iaitu ajaran agama yang telah menetapkan dalam
kitabnya. Dengan landasan keimanan yang baik, dapat melahirkan seseorang yang
beriman dan berakhlak.
Cara mengatasi
Perbanyakkan ibadah, zikrullah, dan puasa. Hanya
dengan mengingat kepada Allah SWT hati akan terbentengi, tidak melakukan dosa,
dan wujudnya ketenangan dalam jiwa. Ketika godaan untuk kembali kearah
pornografi muncul, segeralah beristighfar, baca doa, wudhu atau membaca al-Quran.
Perkara-perkara tersebut sememangnya sukar, tetapi Allah Dia Maha Memeprhatikan
hamba-hamba Nya yang sungguh ingin bertaubat.
2.
Permainan (Game) Yang Terdapat di
Dalam Internet
Permainan atau game berasal dari kata bahasa
inggeris yang bermaksud dasar permainan. Permainan dalam hal ini merujuk pada
pengertian kelincahan intelektual (Intellectual Playability Game) yang boleh
juga di definisikan sebagai arena keputusan dan aksi pemainnya. Dalam permainan
(game), ada target-target yang ingin dicapai pemainnya. Dalam permainan (game)
terdapat peraturan yang bertujuan untuk membatasi perilaku pemain dan
menentukan permainan. Permainan (game) bertujuan untuk menghibur, kebiasaannya
ia disukai oleh kanak-kanak dan dewasa.
Kesan permainan
(game)
Kesannya, pelajaran terabai dalam kalangan remaja.
Hal ini demikian kerana remaja menghabiskan masa terluang dengan bermain
permainan (game) ini bukan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar
iaitu menyiapkan kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran. Mereka juga sanggup
tidak tidur semalaman demi mendapatkan kepuasan dalam bermain permainan (game)
ini dan mengganggu pembelajaran apabila sering mengantuk serta tidur di
sekolah.
Punca permainan
(game)
Penggunaan internet ini juga boleh mendatangkan
banyak keburukan terutamanya kepada individu yang terlalu taksub dengan
penggunaan internet ini dan pihak yang tidak bertanggungjawab pula akan
mengambil peluang yang ada untuk menyalahgunakan teknologi ini dan ianya akan
mendatangkan lebih banyak kesan buruk terutamanya kepada para remaja yang
terlalu asyik dengan penggunaan internet pada masa kini. Ia akan meningkatkan
kegiatan jenayah semakin berleluasa. Contohnya urusan jual beli senjata api juga
boleh dilakukan secara maya. Hal ini membolehkan penyeludup menyeludup
peralatan yang dilarang sama sekali.
Punca ketagihan permainan (game) ialah kurang
didikan agama. Kekurangan didikan agama menjadi salah satu punca ketagihan
permainan video. Agama adalah tiang kepada kita untuk bergantung tanpa agama
mungkin kita akan jatuh tersungkur. Remaja pada zaman sekarang kurang mengambil
tahu soal agama dan kerana itulah banyak masalah sosial yang melibatkan para
remaja wujud macam cendawan tumbuh selepas hujan. Diperingkat universiti remaja
tidak lagi akan disuruh untuk pergi sembahyang, tidak lagi dipaksa untuk pergi
ke masjid, tidak lagi diminta untuk melakukan amal jariah. Semua perkara yang
asas seperti itu hendaklah dilakukan dengan kehendak diri sendiri dan tidak
dipaksa.
Cara mengatasi
Cara mengatasinya dengan melakukan perkara positif
semasa meluangkan masa. Sekurang-kurangnya kita luangkan waktu untuk melakukan
kegiatan lain selain bermain game. Perbanyakkan kegiatan positif yang boleh
dilakukan seperti bersenda gurau dengan keluarga, olahraga, menulis blog,
bermain muzik, dan sebagainya. Lakukan aktiviti sesibuk mungkin dengan hobi
baru sehingga tidak memiliki kesempatan untuk memikirkan bermain game onlline
semula. Selain itu, langkah yang perlu diambil ialah pengawasan dari ibu bapa
harus pandai mendidik dan mengajar anak-anak untuk membahagikan masa antara
pelajaran, bermain, bersukan dan lain-lain. Oleh itu, anak-anak akn
mempraktikkan apa yang diajar oleh ibu bapa. Ibu bapa juga tidak boleh melarang
anak-anak bermain permainan (game) kerana ia hanya memburukkan keadaan kerana
anak-anak akan memberontak, sebaliknya ibu bapa haruslah memilihkan jenis-jenis
permainan yang sesuai dan menerangkan akibat-akibat negative jika memilih
permainan bertemakan pembunuhan, penyeksaan,rompakan dan lain-lain serta tidak
sesuai pada peringkat umur anak-anak. Ibu bapa juga boleh memilih permainan
yang dapat merangsang minda yang kreatif dan inovasi bagi ketajaman minda
anak-anak seperti permainan yang bertemakan teka-teki, matematik, pengetahuan
am dan lain-lain serta menghadkan masa untuk bermain permainan (game) ini.
3.
Cetak Rompak
Isu cetak rompak di Malaysia bukanlah masalah baru
di negara ini, masalah kegiatan haram ini telah berlaku sejak sekian lamanya.
Jika ditinjau dari sudut pengertiannya, cetak rompak ialah satu pencabulan hak
cipta yang bermaksud penggunaan bahan yang dilindungi oleh undang-undang hak
cipta tanpa izin, iaitu mencabuli salah satu hak eksklusif pemilik hakcipta
asli, seperti hak untuk mengeluarkan semula atau menjalankan karya yang
dihakcipta, atau menghasilkan karya derivatif yang berasaskan karya yang dihakcipta
itu. Hak cipta adalah sejenis harta intelektual dimana ia boleh wujud dalam
berbagai-bagai karya kreatif, hasil kerja intelektual atau berseni, ia
termasuklah gubahan muzik, filem, drama, rakaman audio, perisian dan
sebagainya. Jika ditinjau dalam situasi yang berlaku di Malaysia ini, kegiatan
cetak rompak pada mulanya bermula sebagai sebuah industri ‘belakang rumah’ yang
bermaksud aktiviti perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan dan
tersembunyi. Jenis-jenis cetak rompak yang boleh didapati di negara ini adalah
seperti cetak rompak DVD, VCD, CD.Bahan seperti ini mudah sekali dicetak rompak
kerana pengusaha aktiviti haram ini hanya memerlukan mesin pencetak dan CD-R
(compact disc-Rom) yang kosong dan murah.
Punca berlakunya
masalah cetak rompak
Salah satu punca utama yang menyebabkan masalah ini
masih berleluasa di negara ini ialah harga produk atau barangan cetak rompak
yang jauh lebih murah daripada barangan tulen. Lazimnya barangan cetak rompak
seperti VCD, CD, perisian komputer dan sebagainya dijual dengan harga yang
lebih murah kerana mereka yang terlibat dalam pengeluaran barangan ini hanya
memerlukan kos yang rendah dan tidak perlu membayar bayaran royalti kepada
pengeluar asal barangan tersebut. Apabila kos pengeluarannya murah, maka produk
cetak rompak juga dapat dijual dengan harga yang murah. Fenomena cetak rompak
seperti ini dapat memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk
membelinya dengan murah. Bagi pelajar yang belum lagi mempunyai pendapatan
tetap mereka juga mampu membeli barangan cetak rompak, apatah lagi golongan
remaja ini mempunyai minat yang lebih tinggi untuk menikmati filem-filem
sensasi mahupun muzik cita rasa golongan ini sehingga sanggup untuk membeli
barangan cetak rompak tanpa perlu menghabiskan wang yang lebih untuk membeli
barangan yang asli. Penjualan barangan cetak rompak di tempat-tempat terbuka
menyebabkan masalah cetak rompak ini masih belum diatasi sepenuhnya. Penjualan
cetak rompak ini biasanya dijalankan di tempat-tempat awam seperti pasar malam,
di kaki lima, pasar raya dan sebagainya. Hal ini memudahkan lagi aktiviti jual
beli diantara pengguna dengan wakil atau agen pengeluar cetak rompak ini. Hal
ini kerana pengguna terdorong untuk membelinya kerana ia mudah didapati di
samping harganya yang memang murah. Teknologi yang canggih juga mendorong
kepada penularan kegiatan ini dalam masyarakat di negara ini. Dengan adanya
teknologi yang canggih ini, pihak yang terlibat dalam barangan cetak rompak
dapat menghasilkan produk tiruan yang serupa dengan produk yang asal.
Penyalahgunaan teknologi komputer juga dapat dilihat melalui pengunaan
rangkaian internet yang dijadikan sebagai medium penyebaran produk cetak
rompak. Selain itu, dengan adanya alat telekomunikasi canggih seperti telefon
mudah alih juga ia dapat membantu pengedar barangan cetak rompak ini daripada
dikesan oleh pihak berkuasa.
Kesan-kesan
masalah jenayah cetak rompak
Kesan daripada kegiatan cetak rompak ini antara
lainnya akan menyebabkan ekonomi negara merosot. Hal ini kerana pendapatan negara
menjadi berkurang kerana cukai yang dihasilkan daripada industri pengeluaran
yang berasaskan percetakan ini tidak dapat dijana sepenuhnya. Oleh itu,
pengeluar-pengeluar asli ini tidak dapat menampung beban cukai yang dikenakan
oleh kerajaan, ini sekaligus memberi impak kepada kejatuhan ekonomi negara.
Sebenarnya jika pendapatan negara meningkat, maka banyaklah perbelanjaan dan
peruntukan yang digunakan untuk membangunkan kemudahan-kemudahan sosial yang
digunakan untuk keselesaan dan kemakmuran rakyat di negara ini. Kegiatan cetak
rompak yang berleluasa di negara ini juga menyebabkan nama baik negara
tercemar. Situasi ini telah menyebabkan masyarakat luar memberi tanggapan
bahawa negara ini merupakan sarang berkumpulnya lanun-lanun cetak rompak dan ini
membawa kesan terhadap nama baik Malaysia di mata dunia. Kegiatan cetak rompak
ini juga telah menyebakan kesan langsung terhadap industri hiburan di negara
ini. Hal ini timbul disebabkan wujudnya cetak rompak VCD dan CD album-album
muzik artis dan filem-filem tempatan yang berleluasa di negara ini. Penyebaran
bahan-bahan ini di internet yang diambil tanpa kebenaran pengeluar sah juga
menyebakan masalah ini berlaku. Penjualan album artis-artis popular turut
mengalami kemerosotan dari tahun ke tahun. Kesan yang paling nyata akibat
daripada cetak rompak terhadap industri hiburan di negara ini akan menyebabkan
pelabur-pelabur dari luar negara tidak yakin untuk melabur dalam industri
hiburan di negara ini. Manakala pengeluar dari negara asing juga kurang berminat
untuk menempatkan hasil pengeluaran mereka di negara ini. Dari segi sosial,
kegiatan cetak rompak boleh membawa kesan negatif terhadap masyarakat. Dengan
wujudnya kegiatan ini maka video-video yang berunsur negatif seperti video
lucah mudah didapati oleh para pelanggan, hal ini kerana video seperti ini
dapat dicetak dengan mudah dan dikeluarkan dengan kuantiti yang banyak melalui
kaedah cetak rompak. Para pelanggan khususnya remaja dan pelajar mudah
terpengaruh dengan video seperti ini dan kesannya mereka mudah terlibat dengan
kes-kes jenayah seksual dan maksiat seperti terlibat dengan kes rogol dan
menjalankan hubungan seks luar nikah. Hal ini secara jelas menunjukkan bahawa
kesan daripada barangan cetak rompak ini boleh membawa kepada keruntuhan akhlak
dan moral masyarakat khususnya mereka yang terdiri daripada golongan remaja.
Selain itu juga, kegiatan cetak rompak ini juga boleh membawa kepada
jenayah-jenayah lain. Sebagai contohnya pertelingkahan antara pengusaha cetak
rompak yang berebut hak mengeluarkan barangan cetak rompak dan berebut kawasan
penjualan barangan cetak rompak mereka. Perkara tersebut dilakukan semata-mata
hanya untuk mengurangkan pesaing mereka agar mereka dapat mengaut keuntungan
yang lebih, implikasi daripada hal tersebut maka berlakulah pergaduhan yang
akhirnya membawa kepada pembunuhan membabitkan penglibatan kongsi gelap dan
gengster. Secara ringkasnya, semua situasi ini akan menyebabkan berlakunya
peningkatan kes-kes jenayah di negara ini, sekali gus menunjukkan bahawa negara
ini dilabel sebagai sebuah negara yang tidak selamat.
Langkah
mengatasi masalah jenayah cetak rompak
Terdapat pelbagai langkah untuk mengatasi masalah
kegiatan cetak rompak ini sebenarnya. Salah satu langkah yang boleh dijalankan
ialah dengan menjalankan dasar memboikot barangan cetak rompak. Kita sedia
maklum bahawa para pengguna mempunyai kuasa pembelian dalam sesebuah ekonomi
negara. Oleh itu masalah kegiatan cetak rompak yang hingga mewujudnya
perlambakan barangan cetak rompak di pasaran ini tidak mungkin akan berlaku
jika permintaan daripada para pengguna tidak wujud. Sesungguhnya pengguna
memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah ini, penekanan terhadap
kesedaran penghargaan hak cipta atau paten penting dalam setiap lapisan
masyarakat. Usaha memboikot daripada para pengguna salah satunya dapat
membendung masalah cetak rompak ini. Langkah seperti menjalankan harga kawalan
maksima terhadap barangan asli juga dapat membendung masalah ini. Harga kawalan
maksima yang dimaksudkan disini ialah penetapan harga maksimum oleh badan-badan
tertentu bagi menetapkan sesuatu barangan asli seperti VCD dan DVD yang
difikirkan berpatutan untuk dibeli oleh para pengguna. Selain itu,
penguatkuasaan undang-undang secara tegas juga perlu dijalankan bagi mengatasi
kegiatan cetak rompak ini. Setakat ini beberapa akta dan undang-undang telah
digubal bagi mengatasi masalah-masalah berkaitan cetak rompak. Salah satu badan
kerajaan yang bertanggungjawab dalam bidang kuasa ini ialah Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Walaupun pelbagai
undang-undang telah diperkenalkan, namun masalah ini masih juga berterusan.
Oleh itu, Penguatkuasaan secara tegas undang-undang tersebut penting dalam
mencegah unsur-unsur kegiatan ini di Malaysia. Tindakan yang sewajarnya perlu
diambil terhadap orang perseorangan dan organisasi-organisasi yang terlibat
dalam kegiatan cetak rompak tanpa mengira latar belakang, pangkat mahupun
kedudukan mereka. Orang ramai juga perlulah bersedia untuk tampil memberikan
maklumat yang berguna terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan ini tanpa
perlu berasa takut. Semua langkah tersebut memainkan peranan penting dalam
mengatasi kegiatan cetak rompak di negara ini.
4.
Penyebaran Maklumat/Berita Palsu
Melalui Teknologi
Kebebasan maklumat merupakan penyebaran maklumat
secara bebas. Ini bermakna penyebaran maklumat adalah penyebaran dengan tanpa
kawalan penguatkuasaan undang-undang. Terdapat banyak cara untuk penyebaran
maklumat seperti radio, majalah, internet, surat khabar, dan sebagainya.
Maklumat pula merupakan sumber yang membolehkan kita
mengetahui sesuatu perkara atau peristiwa terhadap sesuatu kawasan atau tempat.
Di sebabkan kita hanya mampu berada di satu tempat pada satu masa, ia
menghalang kita untuk mengetahui kejadian yang berlaku di luar kawasan.
Antara contoh kaedah yang digunakan kini untuk
menyampaikan sesuatu maklumat secara tanpa kawalan ialah kebebasan untuk
bersuara di laman blog dan laman sosial. Di situ, setiap individu akan
menggunakan medium tersebut sebagai tempat untuk menulis segala maklumat atau
peristiwa yang berlaku sesuka hati tanpa mengambil diganggu oleh pihak lain. Di
laman ini juga, kebebasan hak untuk bersuara oleh setiap individu tidak
menghalang mereka daripada menyampaikan maklumat yang mungkin akan menyinggung banyak
pihak.
Di antara gejala yang berlaku adalah seperti
berlakunya kes penipuan, penyelewengan di dalam perniagaan dan berlaku hasutan
antara pihak berkepentingan serta wujudnya maklumat-maklumat palsu yang dapat
memesongkan fikiran masyarakat. Malah banyak lagi perkara yang tidak baik
berlaku iaitu seperti fitnah, menghasut dan kadangkala boleh membawa kepada
pergaduhan.
Segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab akan
menyalahgunakan sumber ini untuk menyampaikan fitnah atau maklumat palsu kepada
orang awam disebabkan oleh rasa tidak puas dan marah. Bermacam-macam bentuk
tohmahan dan cacian akan dilontarkan secara terbuka kepada umum tanpa ditapis.
Punca penyebaran
maklumat palsu
Kebebasan bersuara memang tidak boleh dinafikan
tetapi biarlah bertempat dan melalui kaedah yang betul. Kemudahan teknologi
maklumat kini telah membuatkan segala keperluan dan kehendak kita menjadi lebih
mudah ibarat segalanya hanya di hujung jari di dalam evolusi dunia tanpa
sempadan. Kita mampu untuk mengetahui setiap perkara yang berlaku di sekeliling
dunia hanya dengan berada dirumah melayari internet. Di situ juga, kita dapat
menyampaikan pelbagai maklumat untuk diketahui umum tanpa perlu bersusah-payah
menggunakan kederat tulang empat kerat.
Tambahan lagi, maklumat yang tiada kesahihan ini
akan merebak dengan pantas disebabkan oleh kecanggihan teknologi seperti
penggunaan sistem whatapp yang sudah menjadi kebiasaan pada manusia di era
kini. Hampir setiap individu menggunakan cara menyebaran maklumat melalui
kaedah ini kerana ianya mudah, cepat dan jimat.
Segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab akan
menyalahgunakan sumber ini untuk menyampaikan fitnah atau maklumat palsu kepada
orang awam disebabkan oleh rasa tidak puas dan marah. Bermacam-macam bentuk
tohmahan dan cacian akan dilontarkan secara terbuka kepada umum tanpa ditapis.
Kesan penyebaran
berita berita palsu
Penyebaran berita palsu ini amat berbahaya terutama
jika melibatkan isu keselamatan negara. Dalam konteks masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum, penyebaran berita palsu mesti dibanteras dengan segera.
Penyebaran berita palsu akan menyebabkan berlakunya suasana panik dalam
masyarakat.
Selain itu, terdapat media massa yang boleh
mendorong golongan muda menjadi lalai dan membuang masa. Terdapat beberapa buah
rancangan televisyen yang bercorak hiburan semata-mata dan menjadi kegilaan
golongan remaja. Program-program seperti ini tidak berfaedah kerana tidak dapat
merangsang perkembangan minda dan kemahiran golongan remaja. Terdapat juga
program drama yang tidak realistik tetapi tetap diminati oleh golongan remaja
kerana ia mengisahkan cerita cinta golongan remaja. Oleh itu, pihak pengurusan
televisyen sewajarnya tidak memikirkan keuntungan semata-mata dalam menyiarkan
sesuatu program di televisyen tanpa memikirkan kesan negatifnya terhadap
golongan remaja.
Di samping itu, media massa juga boleh mendatangkan
gejala negatif kepada penonton. Biasanya golongan yang mudah terpengaruh dengan
gejala negatif hasil daripada program di media massa ialah golongan remaja.
Media massa yang sering mempengaruhi golongan remaja ialah televisyen dan
internet. Terdapat remaja yang melayari internet di halaman yang bercorak
negatif sehingga mereka terdorong melakukan gejala negatif tersebut. Oleh itu,
ibu bapa sewajarnya memantau pelakuan anak-anak yang sedang melayari internet.
Media massa juga boleh mendatangkan keburukan kepada
pengguna melalui pengiklanan. Terdapat pengguna yang terpengaruh dengan iklan
yang dipaparkan kerana mereka berpendapat iklan tersebut amat menarik dan
produk tersebut dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Sebenarnya
dalam kebanyakan kes, khasiat barangan yang diiklankan itu tidak menepati
faedah yang dipaparkan. Antara jenis barangan yang selalu memperdaya pengguna
ialah barangan kesihatan seperti ubat-ubatan, peralatan senaman dan barangan
elektrik. Oleh itu, pengguna mesti berhati-hati dalam membeli sesuatu produk
yang dilklankan di media massa.
Langkah
mengatasi
1.
Kongsikan
berita dari sumber yang dipercayai
Ini adalah perkara yang sangat asas, namun masih
ramai orang yang mengendahkannya. Mungkin mereka ketagihkan (likes atau shares)
kerana berita yang mereka kongsikan jauh lebih hebat dari orang lain. Biasanya
orang yang gemar menggunakan Facebook untuk bersuka-suka lebih cenderung untuk
berkongsikan berita yang tidak diketahui kesahihannya.
2.
Padam Berita Palsu & Ambil Tanggungjawab
Sekiranya pernah menghantar sesuatu berita palsu
sebelum ini, adalah terbaik sekiranya seseorang memperbetulkan keadaan.
Seseorang perlu memadam hantaran tersebut, atau tinggalkan komen untuk
menunjukkan kesalahan yang telah dilakukannya.
5.
Perjudian Dalam Talian
Perjudian dalam talian adalah kesan yang berlaku
akibat daripada membuka pintu kepada kebebasan bersuara dan kreativiti dalam
masyarakat. Termasuk berkembang pesat teknologi internet. Bukan itu sahaja,
dari segi urus niaga, juga, tidak ada had untuk kecanggihan dunia digital. Dan
perlu diingat juga, bahawa jenayah berleluasa juga berlaku di dunia dalam
talian tanpa jumlah yang kecil. Selain mod yang juga berbeza-beza. Dan tindakan
undang-undang dalam pendakwaan jenayah dalam talian adalah masih sedikit terutama
mengenai transaksi elektronik. Banyak sumber menyebut tentang peningkatan
jenayah dalam talian yang dilihat dari dua perspektif, iaitu jenayah yang
dilakukan menggunakan teknologi maklumat sebagai hiasan dan sasaran. Jenayah
sebagai kecurian kemudahan contoh internet akaun, kecurian kad kredit, cetak
rompak, pornografi, perjudian dalam talian, dan sebagainya. Bagi jenayah
sebagai pasaran sasaran itu boleh dilihat sebagai contoh seperti laman cetak
rompak, penyebaran virus komputer, kecurian abstrak peribadi, dan sebagainya.
Punca perjudian
dalam talian
·
Individu
Keinginan seseorang ingin mendapat wang atau
keuntungan dengan mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam aktiviti
perjudi dalam talian yang mudah layari dimana-mana.tambahan lagi, kecanggihan
teknologi yang semakin pesat menjadi salahsatu sebab individu terjebak dalam
kancah perjudian online ini.
·
Masyarakat
Terpengaruh dari pelbagai aspek kemasyarakatan yang
kurang memberi perhatian mengenai isu perjudian yang berlaku dalam masyarakat.
·
Negara
Undang-undang negara yang kurang memberi perhatian
mengenai permasalahan judi online menyebabkan orang ramai mudah untuk melayari
perjudian online tanpa sekatan yang dikuatkuasakan sebagai contoh menghalang
akses ke laman perjudian yang dikenal pasti selain itu juga, faktor atau punca
perjudian online ini berlaku ialah kerana kurangnya kesedaran terhadap
perjudian.
Kesan perjudian daam talian
·
Atas
pemikiran:
Bagi mereka yang ketagih judi, fokus pemikiran
mereka adalah pada pejudian semata-mata sehingga mengabaikan perkara-perkara
yang lain. Lebih teruk lagi, mereka akan mengkaitkan segala yang berlaku
sebagai nasib, kerana menganggap kehidupan adalah suatu perjudian yang besar.
Selain itu, modal penyelesaian masalah mereka adalah tidak logik.
·
Ke
atas kehidupan:
Perjudian akan membawa kepada ketidaktetapan
pendapatan kepada seseorang. Ini adalah kerana dalam perjudian, seseorang
sentiasanya mengalami menang-kalah secara mendadak dan secara rambang. Tanpa
pendapatan yang tetap, seseorang itu sukar untuk menguruskan hartanya dengan
baik. Maka tidak hairan bahawa si penjudi sentiasanya mengalami masalah
kewangan. Perkara yang menyalahi undang-undang adalah penyakit dan perosak
fikiran dan akhlak umat Islam hari ini.
Langkah
mengatasi perjudian dalam talian
· Menguatkuasakan
undang-undang dengan lebih terperinci
· Pengkuat
kuasa undang-undang bekerjasama dengan masyarakat bagi mengatasi masalah
perjudian
· Menghadkan
laman perjudian dan mengenal pasti tempat perjudian online
· Memberi
kesedaran kepada masyarakat tentang perjudian
· Member
bimbingan dan kesedaran kepada pihak yang pernah terlibat dalam perjudian
KESIMPULAN
Kesimpulannya, penggunaan teknologi ICT amat penting
dalam kehidupan seharian. Penggunaan teknologi maklumat dan kamunikasi juga
diguna pakai oleh generasi kanak-kanak dan dewasa. Hal ini kerana teknologi
mempunyai banyak kebaikan yang boleh diperolehi oleh kanak-kanak apabila mereka
mengunakannya.
Selain itu, teknologi maklumat dan komunikasi juga dapat membantu membentuk seseorang menjadi lebih kreatif malah dapat memberi banyak pengetahuan tentang pembelajaran yang lebih berkesan kepada semua orang. Oleh itu, jelaslah bahawa penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi mempunyai kelebihan dan kelemahan yang boleh diperolehi oleh golongan individu yang mengunakan aplikasi tersebut.
Selain itu, teknologi maklumat dan komunikasi juga dapat membantu membentuk seseorang menjadi lebih kreatif malah dapat memberi banyak pengetahuan tentang pembelajaran yang lebih berkesan kepada semua orang. Oleh itu, jelaslah bahawa penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi mempunyai kelebihan dan kelemahan yang boleh diperolehi oleh golongan individu yang mengunakan aplikasi tersebut.
Akhir sekali, semua pihak haruslah menggunakan
teknologi dengan sebaik yang mungkin bagi mengelakkan penyalahgunaan teknologi
yang sedia ada. Perkembangan teknologi boleh memudahkan semua pekerjaan manusia
dari aspek pekerjaan sehingga aspek pengurusan.
RUJUKAN
1.
Muhamad
Ali. (2008). Kerjaya Dalam Bidang ICT.
Selangor: Publishing House